Tuesday, July 17, 2012

My lovely nieces & nephews

Auni Darwisyah




Umar Rafiq




Amira Afrin & Alya Maisarah


Amirul Afif


Afira Adrin, Alysha Maisurah, Aiman Haziq, Muhammad Amar & Aniq Haiqal


Aisq Haidar


Nur Syarini




Salam Semua...

Disini saya sertakan risalah/buku kecil Panduan Bulan Ramadhan sebagai rujukan utk kita mengingatkan kembali hal2 berkaitan Puasa.



Risalah ini bukan sahaja mengandungi bab fiqah sepert Rukun, Syarat Sah, Perkara yg Membatalkan puasa dll…. Tetapi ada disertakan kelebihan2 sesuatu amal di bulan Ramadahan AL-Mubarakh.

Mudah2han kita semua diberi Taufiq dan Hidayah agar dapat melaksanakan Puasa Ramadhan tahun ini dengan lebih sempurna…AAMIIN

kredit to:http://massabri.blogspot.com/

Friday, July 15, 2011

Selamat membaca:)

Bagus untuk pembaca blog sekalian. Boleh dijadikan pedoman.Marilah kita sama2 membaca dengan tekun.hihi. Klik Di sini untuk download buku "Berbunga Cinta Aisyah Di hati Rasulullah"

Wednesday, July 13, 2011

Baca Ini : Cara semak arah kiblat dengan TEPAT

Hai kawan. Ada 1 artikel menarik bertajuk 'Cara semak arah kiblat dengan TEPAT'.
Bagus ni:)

Cara semak arah kiblat dengan TEPAT Klik Sini Untuk Baca: http://pakarhowto.com/cara-bagaimana/cara-semak-arah-kiblat-dengan-tepat.html

Kongsi artikel ni di FB

Pada 16 Julai 2011 ini, akan terjadi satu fenomena istimewa. Fenomena tersebut disebut “Fenomena Matahari Di Atas Kaabah“.

Semasa terjadinya fenomena ini, semua umat Islam di seluruh dunia berpeluang menyemak arah kiblat dengan tepat.

Fenomena ini berlaku apabila Matahari akan berada tepat di atas Kaabah. Ia berlaku sebanyak 2 kali setiap tahun. Pada tahun ini (2011), fenomena ini berlaku pada tarikh berikut ;

  1. 28/MEI/2011 pada pukul 5.16 Petang (Dah lepas)
  2. 16/JUL/2011 pada pukul 5.28 Petang (Jangan lepaskan peluang!)

* Tarikh dan Masa adalah mengikut waktu Malaysia.

  • Apa yang berlaku ketika tarikh dan masa tersebut?

cara semak arah kiblat

cara semak arah kiblat

  • Bagaimanakah cara untuk menyemak arah kiblat?

Baca Ini : Cara tengok dan kenalpasti barang dari kulit BABI

Hai kawan. Ada 1 artikel menarik bertajuk 'Cara tengok dan kenalpasti barang dari kulit BABI'.
Berhati2 ye!
Cara tengok dan kenalpasti barang dari kulit BABI Klik Sini Untuk Baca: http://pakarhowto.com/cara-bagaimana/cara-tengok-dan-kenalpasti-barang-dari-kulit-babi.html
Kongsi artikel ni di FB
Mutakhir ini kecoh satu dunia pasal satu wabak yang amat berbahaya. Korang tau tak wabak apa? Tak lain dan tak bukan, wabak SELSEMA BABI!!!

Selama saya hidup, inilah baru kali pertama dengar tentang wabak SELSEMA BABI ni. Yer la kan, dulu kecoh pasal selsema burung la, SARS la dan macam2 lagi. Tup-tup sekarang ni, selsema babi pulak yang muncul. Ish ish…macam-macam perkara pelik yang berlaku dalam dunia akhir zaman ini. Mungkinkah ini adalah tanda-tanda hari sudah nak kiamat?Tak gentarkah kita? Dah bersediakah kita untuk itu?
Baik, berbalik kepada selsema babi ni. Mula-mula dengar berita di TV, rasa cam janggal la pulak. Selsema Babi?? “Isk…babi pun kena selsema gak ker?”…itu detik hati saya masa kali pertama dengar pembaca berita sebut tentang SELSEMA BABI ini. Tapi lepas dah dengar betul-betul berita tu, barulah saya mengertai apa sebenarnya selsema babi.
Sedikit petikan berita dari Utusan Malaysia tentang selsema babi.
“Angka kematian akibat jangkitan selesema babi di Mexico meningkat kepada 103 orang hari ini ketika 400 orang dimasukkan ke hospital dan kira-kira 1,600 yang lain disyaki dijangkiti penyakit tersebut. Wabak yang berlaku di Mexico sejak beberapa hari lalu ini telah mencetuskan kebimbangan global kerana beberapa kes juga dilaporkan di Amerika Syarikat dan Kanada.Kemungkinan jangkitan juga sedang diperiksa di Eropah, Israel dan New Zealand.

Jutaan rakyat Mexico kini berkurung di rumah dan mereka yang keluar memakai topeng mulut, terutamanya di Mexico City yang menyaksikan kerajaan menghentikan acara awam dan menutup muzium, bar dan stadium dalam usaha mengawal jangkitan.”
– Sumber berita dari Reuters
Menurut berita, disebabkan selsema babi ni, lebih 80 orang di Mexico telah maut. Dan ratusan orang lagi dipercayai telah terkena wabak ini. Cara jangkitannya masih menjadi misteri. Tetapi, menurut ceritanya, ia boleh merebak dan menjangkit dari seorang manusia ke manusia lainnya.
Wabak ini sukar dikesan kerana simptom dan kesan wabak ini hanyalah seperti simptom influenza yang biasa. Yang menakutkannya ialah, ia boleh menyerang sesiapa sahaja, walaupun bagi yang bukan pemakan daging babi. Itu yang diberitakan dalan TV.
Aduh!! Sesiapa saja boleh kena??? Biar betul. Kecut perut gak memikirkannya. Huhu
Baiklah, dah alang2 saya bawakan isu selsema babi ini. Maka dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai cara bagaimana untuk kenalpasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi.
Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi ini. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidaklah mahal mana harganya kalau dibandingkan dengan barangan dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat dimana-mana sebenarnya. Malah banyak juga terdapat di kompleks-kompleks membeli-belah terkemuka.
Cara nak tengok dan kenalpasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :

Baca Ini : 18 Panduan Praktikal Mengasihi Suami (Mesti Baca)

Hai kawan. Ada 1 artikel menarik bertajuk '18 Panduan Praktikal Mengasihi Suami (Mesti Baca)'.
Semoga menjadi pedoman:)

18 Panduan Praktikal Mengasihi Suami (Mesti Baca) Klik Sini Untuk Baca: http://pakarhowto.com/teknik/18-panduan-praktikal-mengasihi-suami-mesti-baca.html

Kongsi artikel ni di FB

Banyak sekali aduan berkenaan masalah rumahtangga yang kami terima di blog PakarHowTo ini. Pergolakan rumahtangga yang menjadi-jadi ini menunjukkan kegagalan para suami @ isteri dalam memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Cuba tanya diri, tahukah kita apakah hak-hak pasangan kita yang perlu kita tunaikan? Adakah kita sudah benar-benar menjalankan tanggungjawab kita sebagai suami @ isteri dengan sebaik mungkin?

Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi info mengenai ‘Panduan Praktikal Bagaimana Untuk Mengasihi Suami‘.


1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

Wednesday, June 15, 2011

Hari ini :)



Sekian lama x meng update blog ini..Almaklumlah busy dengan keje... Rini je aku dah jadi agen untuk HR marketing (Hi-Goat Produk). Saya akan update xlama lagi info tentang produk ni...


Agen untuk DCL produk dan AVAIL dah pun tercapai... Oklah produk ni...sangat bagus untuk kesihatan setiap peringkat umur.. Boleh order kat saya..Saya baru sebulan amalkan produk ni..tampak berkesan.






Kerja di ofis, biasalah sebagai QA/QC Engineer di UEM Builders Berhad... Keje nye tentang Internal Quality Audit, Report, pergi site visit projek (KLIA2, Bank Rakyat Twin Tower & Penang Second Bridge). Busy untuk Management Review Meeting 05.07.2011 ni. DNV audit plak 25.07.2011. semangat 3x. chaiyo..


Cerita pasal baby... sume orang dah start bertanya... tapi ape saya bleh katakan...xde rezki lagi dan xputus asa...tengah berusaha... baru2 ni jumpa doktor...Suggestion dari doktor (suami isteri kena buat):


  • Asid folik sebiji
  • 2 biji telur ayam kampung separuh masak (3 kali seminggu)
  • ehem2x (waktu sesuai 4 pagi)
Sesiapa yang tengah berusaha macam saya, bleh try... insyaAllah... satu ayat doktor yang saya jadikan pedoman ialah:


"Allah bagi anak kepada sesiapa yang Dia suka, dan bagi tiada anak kepada yang Dia suka"


Jadi saya redha dan pasrah dengan ketentuanNya, disamping x putus asa berusaha (berurut, jumpa doktor, mkn makanan kesihatan).. Amin... Doakan kami ye!!!:)

Friday, June 25, 2010

Mahukah anda jadi isteri mithali?

1. Mainkan setiap peranan isteri dengan seimbang iaitu sebagai isteri, kekasih, kawan, penyokong, perangsang, penasihat, pendengar, pendidik dan pendoa.


2. Sentiasa taat kepada semua suami dalam semua hal yang dibenarkan oleh syarak. Tetapi isteri tidak perlu taat dalam hal yang melibatkan kemungkaran.


3. Layan setiap keperluan suami dengan saksama terutama keperluan seksual. Bagi suami, hubungan seks adalah bukti dan kaedah mengeratkan kasih sayang yang penting.


4. Fahami kerenah suami dan banyak bersabar. Gunakan gerak hati yang sedia ada dalam diri wanita bagi memahami kehendak dan pengharapan suami tanpa perlu disebut.


5. Didik suami berkenaan apa yang anda harapkan secara hikmah. Adakalanya anda kena berpesan kepada suami sehingga 200 kali untuk dia faham dengan jelas. Sabar apabila memberi pesanan kepada suami.


6. Berhias dan pastikan anda sentiasa kemas serta menawan untuk suami. Bincang dengan suami cara penampilan yang dia gemari. Lakukan mengikut kehendaknya.


7. Maafkan suami dan orang lain setiap malam sebelum tidur dan minta maaf daripada suami. Kemaafannya mencuci hati, menyembuhkan sakit, mencantikkan wajah, menarik sayang dan memakbulkan doa.


8. Doakan suami setiap masa. Doa mengeratkan roh anda dengan roh suami. Seterusnya membentuk kasih sayang yang mendalam dan berkekalan.


9. Pastikan anda melebihkan suami daripada ibu bapa ataupun orang lain. Tetapi pastikan anda bersopan santun terhadap ibu bapa supaya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.


10. Berbahagialah apabila melahirkan anak seramai yang munasabah. Asuh dan didik anak sebaik mungkin. Jangan terlalu mengharapkan orang lain mendidik anak anda.


11. Pastikan anda meminta izin suami setiap kali keluar dari rumah ataupun dapatkan keizinan dalam jangka masa panjang. Keluar rumah tanpa izin adalah berdosa.


12. Elakkan daripada menjadi queen control. Nabi menyatakan, suami yang terpaksa taat kepada isterinya akan binasa dan rumahtangga akan musnah.


13. Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuhan, dengar cakapnya dan peluk dia semasa pergi dan balik kerja.


14. Temankan suami makan walaupun anda sudah makan. Ramai suami rasa terbiar apabila terpaksa makan bersendirian selalu. Amalkan makan bersama suami.


15. Sesekali mandi bersama suami. Ini dapat mengeratkan kasih sayang dan keakraban antara suami dan isteri. Mandi bersama adalah sunah.


16. Rawat suami dengan penuh kasih sayang apabila sakit. Sentuhan dan kata-kata manis yang positif bertindak sebagai ubat yang mujarab.


17. Mengalahlah kepada suami bagi perkara yang harus. Suami rasa kecewa dan kurang berwibawa apabila isteri melawan atau enggan patuh arahan. Ini menyebabkan suami stres.


18. Tutup diri anda daripada sebarang lelaki lain. Pastikan anda menutup aurat dengan sempurna untuk kejayaan dunia dan akhirat.


19. Cintai suami sepenuhnya dan senangkan hati suami. Suami anda adalah lelaki terbaik buat anda mengikut perancangan Tuhan. Dan anda adalah wanita terbaik bagi suami anda.


20. Jaga rahsia suami. Ada isteri yang tanpa sedar menceritakan keburukan suami kepada kawan ataupun ahli keluarga lain. Perbuatan ini salah dan berdosa.


21. Tuhan tidak memandang isteri yang tidak berterima kasih atas kebaikan suaminya. Justeru, berterima kasihlah atas kebaikan yang suami lakukan.


22. Kebanyakan penghuni neraka adalah wanita kerana ramai wanita yang menyumpah seranah dan tidak bersyukur kepada suami mereka. Elak daripada khianat atau sabotaj suami.


23. Elakkan daripada menyakiti hati suami dengan bertindak malas, melawan, menghina, komplen, menghambakan suami, sombong ataupun buat perkara yang suami larang.


24. Jangan menerima tetamu yang bukan muhrim semasa suami tiada di rumah. Ini amalan yang bakal menghancurkan rumahtangga.


25. Kejutkan suami untuk sembahyang malam dan isteri juga turut sama melakukan sembahyang malam. Ia adalah amalan yang menarik hidayat dan menerangkan kubur.


26. Dalam kes berpoligami, jangan menyuruh suami menceraikan madu anda. Ini kesalahan yang amat besar. Belajarlah bersabar dan berkongsi dengan aman.


27. Isteri yang meminta cerai tanpa alasan yang sail, tidak akan masuk syurga. Justeru, jangan meminta cerai apabila tiada alasan yang dibenarkan syarak.


28. Benteng diri daripada gangguan syaitan dengan membaca basmalah, ta'awuz, ayat kursi, sembahyang 5 waktu, sentiasa dalam keadaan berwuduk dan baca Fatihah dengan ayat 3 'Qul'.


29. Kekalkan sifat malu dalam diri wanita. Sifat malu untuk lelaki itu baik. Sifat malu untuk wanita itu sangat baik. Wanita yang hilang sifat malu jatuh martabat dan maruah diri.


30. Apabila suami balik kerja, beri dia rehat 30 minit sebelum bertanya pelbagai soalan. Sampaikan berita yang baik dan kurangkan berita yang buruk.


31. Jadikan Quran sebagai teman dalam menghadapi masalah, gelisah dan sakit. Amalkan juga sembahyang isyrak dan dhuha.


32. Taubat sekarang sebelum terlambat. Pohon maaf daripada suami setiap masa.


33. Jauhi perasaan buruk sangka terhadap suami, mertua, ipar duai, jiran dan orang lain. Apa yang kita sangkakan itu bertindak sebagai doa dan mungkin berlaku.
34. Bersangka baik dengan semua ketentuan Tuhan. Apa yang Tuhan tentukan adalah terbaik untuk kita dan untuk semua orang di sekitar kita. Orang jahil tak nampak hakikat ini.
35. Penuhi semua hak Tuhan. Apa yang Tuhan suruh, lakukan semuanya. Apa yang dilarang jauhi sepenuhnya. Apa yang Tuhan beri kita terima dengan redha dan syukur.
36. Kenal pasti punca yang menyebabkan kita marah. Adakah kita terlalu sensitif, gangguan, tertekan, tidak dihargai, orang ambil hak kita, masalah rumahtangga dan sebagainya. Selepas mengetahui punca, mudah kita mengatasi masalah.
37. Fahami kesan marah. Wajah hodoh, sakit jantung, darah tinggi, selesema, jangkitan virus, tulang rapuh, mati syahwat, hancur rumahtangga. Justeru, kawal marah.


38. Bergaul dengan orang yang baik-baik. Cari kawan baru. Orang yang mempunyai ramai kawan baik tidak gagal di dunia dan akhirat. Bagi mendapatkan kawan baik, jadilah kawan yang baik.


39. Buat undang-undang di rumah. Apabila suami marah, kita diam dan bersabar. Apabila kita marah, suami diam, sabar dan pujuk kita. Mengalah tanda orang yang hebat dan matang.


40. Ubat hati yang berkarat dengan solat taubat, istighfar, baca Quran, sedekah, minta maaf, maafkan semua orang, beri orang makan dan berkawan dengan orang alim ataupun yang baik-baik.


41. Sambut suami setiap masa dengan cara yang menyenangkan. Berhias diri dahulu sebelum membuka pintu menyambut kepulangan suami. Beri air dan picit tengkuk dan bahu suami setiap petang.


42. Suara yang lunak dapat mengubat jiwa dan merawat tekanan yang dihadapi suami. Indahkan dan lembutkan suara setiap kali bercakap dengan suami.


43. Apabila melakukan hubungan seks dengan suami, pamerkan yang terbaik. Seboleh bolehnya penuhi kehendak suami. Suami rasa amat kecewa dan terluka apabila kehendaknya ditolak.


44. Redakan marah suami dengan hikmah. Jangan menjawab walaupun kita betul. Terangkan hal sebenar apabila suami sudah reda. Rumahtangga hancur apabila suami isteri sama-sama ego.


45. Sentiasa muliakan keluarga suami. Layan mereka seperti keluarga sendiri. Apabila kita sayang suami, kita wajib memuliakan orang yang suami kita sayang.


46. Cemburu itu sifat orang yang beriman dan tanda sayang. Tetapi cemburu yang berlebihan buat suami serba-salah dan tertekan. Apabila terasa cemburu terus berdoa supaya Tuhan selamatkan rumahtangga kita.


47. Isteri mithali mengawal diri daripada melakukan sebarang dosa besar. Dosa kecil yang diulang-ulang menjadi dosa besar. Segera bertaubat apabila melakukan dosa.


48. Jangan benarkan kemungkaran berlaku dalam rumahtangga kita. Pesan pada diri dan ahli keluarga supaya menghindari kemungkaran. Apabila melakukan kemungkaran, hidayat Tuhan tidak turun ke rumah kita.


49. Amalan harian terbaik isteri mithali adalah sembahyang taubat, istighfar 70 kali, sembahyang hajat, memaafkan semua orang, bersangka baik kepada semua orang dan doakan keluarga dan semua jiran kita.


50. Seimbangkan hidup dengan membersihkan hati, membetulkan amalan, berkawan dengan orang yang baik, jaga solat, berkatkan rezeki, riadah dan buat semua perkara sebaik mungkin.

Thursday, June 17, 2010

Wasiat Rasulullah Kepada Wanita

Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya: “Kebanyakan wanita itu adalah isi Neraka dan kayu apinya.” Sayidatina Aisyah bertanya, “Mengapa, wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah SAW:
Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan waktu melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja di rumah.


Rasulullah SAW bersabda


“Wanita, apabila ia solat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, maka masuklah ia dari mana saja pintu surga yang ia kehendaki.”


(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani dan Anas bin Malik)


Rasulullah SAW bersabda:


“Pertama kali urusan yang akan ditanyakan pada hariAkhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).”


Imam Thabrani menceritakan bahawa seorang isteri tidak dianggap menjalankan kewajipannya kepada Allah sehingga ia menjalankan kewajipannya kepada suaminya. Seandainya suaminya memintanya (untuk digauli) walaupun (dia) sedang berada di belakang unta maka ia tidak boleh menolaknya.


Nabi SAW bersabda:


‘Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima solatnya sehingga ia kembali dan mengulurkan tangannya kepada suaminya (meminta maaf).”


(Riwayat dan Hassan)


Abdullah bin Amru bin Al Ash r.a. berkata: ‘Bersabda Rasulullah SAW: “Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.”


(Riwayat Muslim)


Sabda Rasulullah SAW:


“Siapa saja perempuan yang memakai bau bauan, kemudian ia keluar melihat kaum lelaki ajnabi agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.” (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim)


Sebaik-baik bagi wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali untuk urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Rasulullah SAW:


“Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandangnya.”


(Riwayat Tarmizi)


Haram bagi wanita melihat laki-laki sebagaimana laki-laki haram melihat wanita (yang halal nikah) kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual-beli.


Diriwayatkan bahwa pada suatu hari, ketika Rasulullah bersama sama isteri-isterinya (Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum), Rasulullah menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, ‘Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, ya Rasulullah?”


Rasulullah menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya?” (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)


Rasulullah SAW bersabda:


“Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhramnya) adalah seumpama gelap gulita pada hari Kiamat, tidak ada nur baginya. “


(Riwayat Tarmizi)


Sabda Rasulullah SAW:


‘Dikahwini wanita kerana empat sebab: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu bertuah.”


(Riwayat Bukhari)


Rasulullah SAW bersabda:


“Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kawinnya).”


Nabi SAW pemah bersabda:


“Wanita yang taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama dia masih taat pada suaminya dan diredhainya (serta menjaga sholat dan puasanya).


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


“Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu Neraka dan akan terbuka pintu-pintu Surga. Masuklah dan mana saja pintu yang disukainya dengan tidak dihisab.”


Rasulullah SAW bersabda:


“Siapa saja wanita yang bermuka masam sehingga menyebabkan tersinggung hati suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sampai ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.”


Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, baik itu miskin atau kaya


Ibnu Umar berkata bahawa telah datang seorang wanita kepada Rasulullah saw lalu bertanya,”Apakah hak suami atas isteri?” Jawab baginda,”Tunaikanlah hajatnya sekalipun engkau berada di alas belakang unta. Jangan berpuasa sunat melainkan di izinkan suami, kalau engkau berpuasa juga maka pahalanya untuk suami dan dosa untuk isteri. Jangan keluar melainkan dengan izinnya, jika keluar juga akan dilaknat oleh malaikat Rahmat dan malaikat azab sehinggalah ia kembali ke rumahnya.”


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


“Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta dengan tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seorang laki-laki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.”


(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud:


“Tdaklah putus balasan dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.”


Dari Muaz bin Jabal, bersabda Rasulullah: “Siapa saja wanita yang berdiri diatas kedua kakinya membakar roti untuk suaminya, hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dan api Neraka.”


Dan siapa saja wanita yang menunggu suaminya hingga pulang lalu disapukan mukanya, dihamparkan tempat duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, membaikkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya karena mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari Kiamat nanti, Allah karuniakan nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas karuniaan karamah itu. Tidak ada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.


Thabit Al Bananiy berkata: “Seorang wanita dari Bani Israil yang buta sebelah matanya, sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan. Pada suatu malam, pelitanya kehabisan sumbu, maka diambil rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada esok harinya matanya yang buta telah sembuh Allah karuniakan karamah (kemuliaan) pada perempuan itu karena memuliakan dan menghormati suaminya.”


Dan lbnu Mas’ud bersabda Rasulullah SAW: ‘Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) karena dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.”


Nabi SAW bersabda:


“Siapa saja wanita yang berkata kepada suaminya: Tidak pemah aku dapat dari engkau satu kebaikanpun. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.”


Sabda junjungan Rasulullah SAW:


“Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menyenangkan engkau, jika engkau memerintah diturutinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.”


Sabda Rasulullah SAW bermaksud:


“Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya kecuali jika terpaksa (kerana suatu urusan yang mustahak) dan dia juga tidak berhak melalui jalan lalu-lalang melainkan di tepi-tepinya.”


Syeikh Abdullah berkata:


“Durhaka seorang perempuan yang keluar dan rumahnya kepada majlis zikir atau majlis ilmu yang bukan fardhu ain. Wajiblah atasnya keluar supaya belajar dia akan segala fardhu ain itu dan haram atas suaminya mencegah isteri jika dia (suami) tidak mampu mengajarnya. Jika dia ada ilmu niscaya wajiblah atasnya mengajar akan isterinya itu maka ketika itu haramlah perempuan itu keluar dari rumahnya lagi durhaka dia.”


Sabda Rasulullah SAW:


“Apabila seorang laki-laki memanggil isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya, hingga marahlah suaminya, maka tidurlah wanita itu dalam laknat malaikat sampai pagi. “


Abu Bakar As Siddiq mengatakan. aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:


“Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia semuanya “


Ibnu Umar r.a. berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: “Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu masing-masing akan ditanya dan suami pemimpin kepada keluarganya dan isteri


pemimpin rumah tangga suaminya dan anak-anaknya. Kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggungjawab atas pimpinanmu. “


(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Tersebut dalam kitab Muhimmah karangan Syeikh Abdullah bin Abdul Rahim Pattani:


“Hendaklah isteri mendahulukan suaminya atas hak dirinya dan seluruh kaum kerabatnya.”


Sabda Rasulullah SAW bermaksud:


“Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama-samaku di dalam surga.”


Rasulullah SAW bersabda:


“Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.” (Riwayat Ahmad)


Rasulullah SAW bersabda:


“Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tidak ada sebab yang dibenarkan oleh syariat, haramlah baginya bau


syurga.”


(Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)


Rasulullah SAW bersabda:


“Wanita yang meninggal dunia dalarn keadaan suaminya redha (tidak marah) padanya, niscaya ia masuk surga.”


(Riwayat Tarmizi)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud:


“Apabila seorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristightarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan baginya seribu


kejahatan.”


Sabda Rasulullah SAW bermaksud:


“Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil)”.


Nabi SAW bersabda:


“Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa dosanya seperti keadaan ibunya melahirkannya.”


Rasulullah SAW bersabda:


“Perintahkanlah anak-anakmu semua yang berumur tujuh tahun untuk mengerjakan sholat. Apabila mereka telah berumur sepuluh tahun tetapi belum mengerjakan sholat hendaklah dipukul (tetapi jangan sampai luka) dan pisahkanlah tempat tidurnya.”


(Riwayat Abu Daud)


Sabda Rasulullah SAW:


“Ya Fatimah, barang siapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman surga, dan dicatatkan Allah baginya kebebasan dari api Neraka dan selamatlah ia melintas titian Sirat”


Hal-hal yang menjadikan wanita itu durhaka kepada suaminya seperti tersebut dalam kitab Muhimmah:


a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya baik itu untuk jimak atau menyentuh mana saja bahagian tubuhnya.


b. Keluar rumah tanpa izin suami baik itu ketika suami ada di rumah ataupun tidak ada.


c. Keluar rumah karena belajar ilmu yang bukan ilmu fardhu ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu fardhu ain jika suaminya tidak mampu mengajar.


d. Tidak mau berpindah (berhijrah) bersama suaminya.


e. Mengunci pintu, tidak mengizinkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.


f. Bermuka masam ketika berhadapan dengan suami.


g. Minta talak.


h. Berpaling atau membelakangi suami ketika berbicara.


i. Menyakiti hati suami baik itu dengan perkataan atau perbuatan.


j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.


k. Mengijjnkan orang lain masuk ke dalam rumah, sedangkan orang itu tidak disukai oleh suami.


Tersebut dalam kitab Muhimmah, suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW keluar mengiringi jenazah. Baginda mendapati beberapa orang wanita dalam majelis. Baginda lalu bertanya: “Apakah kamu menyolatkan mayat?” Jawab mereka, “Tidak.” Sabda baginda, “Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetap tinggallah di rumah dan berkhidmat kepada suami niscaya pahala sama dengan ibadah- ibadah orang laki-laki.”


Imam Ghazali rh.m berkata: “Wajib bagi wanita mengikuti perintah suaminya selagi tidak membawa maksiat.”


Ulama-ulama ada berkata, wajib bagi wanita-wanita:


a. Mengekalkan malu pada suaminya.


b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan. c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.


d. Dengar dan diam ketika suami berbicara. e. Berdiri menyambut kedatangannya.


f. Berdiri menghantar kepergiannya,


g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.


h. Memakai wangi-wangian untuk suaminya.


i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.


j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tidak adanya.


k Tidak berkhianat ketika ketidak adaan suaminya. I. Memuliakan keluarga suaminya.


m. Memandang pemberian suami yang kecil sebagai besar dan berharga.


n. Ketahuilah, Surga dan Neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya


Dicentakan di dalam kitab Muhimmah bahwa seorang Badwi menemui Rasulullah lalu berkata,” Tidak akan aku percaya pada engkau sebelum


ditunjukkan padaku suatu mukjizat.” “Apakah yang engkau kehendaki” tanya Rasulullah. “Suruh pohon kurma yang kering itu menghadap engkau,” kata Badwi itu. Maka bersabda Rasulullah, “Pergilah engkau kepada pohon yang kering itu, katakan bahwa Muhammad memanggilnya.” Arab Badwi itu pun melakukan apa yang diperintahkan. Setelah diberitahu kemudian, pohon kurma itu kelihatan bergerak gerak ke kin dan ke kanan hingga tercabut akar-akarnya dan berjalan ia menghadap Rasulullah, lalu memberi salam. Rasulullah menjawab salamnya. Melihat peristiwa itu Arab Badwi itu terus mengucap kalimah syahadah. “Cukuplah ya Rasulullah, cukuplah,” katanya lagi. Rasulullah pun memerintahkan pohon itu kembali ke tempatnya. Arab Badwi itu berkata lagi. “Wahai Rasulullah, aku telah meminta darimu sesuatu yang tidak pernah diminta oleh orang lain. Itu pun engkau tunaikan, karena itu ijinkan aku sujud kepadamu setiap kali sujud sholat di belakangmu.” Jawab baginda, “Tidak harus seorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya, karena membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.”


Dari Ali bin Abi Talib: Aku dengar Rasulullah bersabda: “Tiga golongan dari umatku akan mengisi Neraka Jahanam selama tujuh kali umur dunia. Mereka itu adalah: a. Orang yang gemuk tetapi kurus. b. Orang yang berpakaian tetapi bertelanjang. c. Orang yang alim tetapi jahil. Adapun yang gemuk tetapi kurus itu ialah wanita yang gemuk (sehat) tubuh badannya, tetapi kurang ibadahnya. Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama (yaitu berpakaian tipis atau terlalu ketat hingga terbayang bentuk tubuh badannya). Orang yang alim tetapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram karena kepentingan pribadi. “


Rasulullah SAW bersabda:


“Empat golongan wanita yang berada di syurga ialah:


a. Perempuan yang menjaga dirinya dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.


b. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati keadaan serba kurang (dalam kehidupannya) bersama suaminya.


c. Perempuan yang bersifat pemalu dan jika suaminya datang maka ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.


d. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dininya hanya untuk mengurus anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia menikah karena kuatir putera puterinya akan tersia-sia. (Kalau ada jaminan putera-puterinya tidak akan disia-siakan barulah ia mahu menikah).

Thursday, May 20, 2010

Syukur